Tuesday 15 September 2015

Hari Rehlah Tadika ABIM Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..(macam baca berita pulak)

Minggu lepas, Hari Keluarga sekolah Nana di Taman Tengku Anis (aduhh...tak perasan pulak Tengku ke Tuanku..nanti Acik check semula).

Kemain cikgu Nana grab tangan Nana nak ajak senamrobik KONON..sudahnya..




Berkepit dengan cikgu.

Acara kedua, mewarna. Beli macam-macam pesen warna...kaler pensil la, crayon la...Nak bagi semangat dia mewarna.




Tengok...sapa yang sangat bersungguh tu!

Dan hasilnya...tadaa...hasil kerja ibu dengan kakak intan.




Bila permulaan pun dah nangis, maka sampai kesudah la asyik cengeng je. Ibu la bertindak heroin, kaunselor, jurulatih peribadi, guru tadika dan sebagainya...memujuk si perempuan kecik ni. Mana la datang penyakit kuat menangis si Nana ni. Along Angah Intan tak pulak camni.




Saja je Acik pegang dada konon-konon pujuk dia padahal Acik nak rasa jantung dia..huhuuu...laju yang amat...dup dup dup dup dup...Hello Nana...nak berlari je..bukan nak bergusti..Adoiii...spoil la Nana. Muka ganas dah tu.




Bawa bola ping pong je pun...




Si Waie pulak tak habis-habia meragam. Bola sepak dah 2 biji beli, belon lagi, Ultraman..sudahnya terpaksa call Angah..bantuan tambahan..kakitangan tak cukup nak handle




Puas Acik ketap bibir...gerammmm je.

Acara last..rebut gula-gula..Nana tak nak masuk...Menangis-nangis tak nak masuk..alasannya.."Gigi Nana sakit kalau makan gula-gula"..Ibu dah tumbuh tanduk, nak bertukar jadi singa..Berani dia cakap tak nak masuk..Grrr...




Macam banyak je kan? Padahal wafer ada 3 je..gula-gula tak sampai 10..




Tahun depan pulak la Nana. Jangan buat perangai lagi.

8 comments:

  1. Salam acik watie haha ragam anak anak ni memang masa hadapi geram, lama kelamaan bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la arz moha..time tu memang geram..kepala dah berapi-api. Nak pulak dua-dua meragam. Lama-lama hilang dah geram tu

      Delete
  2. pandai dia mewarnaa... kemass...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami la mewarna tu firah..dia tu kejap je mewarnanya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...