Sunday 17 April 2016

Tribute To Tomey

Sesiapa yang ada bela kucing, pasti akan tahu erti 'sayang giler'.. Acik mula gilerkan kucing ni mulai tahun 2009. Waktu itu, ibarat rumah kucing terbiar. Mana-mana kucing yang Acik jumpa, akan Acik bawa balik.

Tomey, antara kucing yang Acik jumpa. Sebetulnya suami Acik waktu itu, bawa balik dari tempat kerjanya. Seekor ibu kucing yang aktif. Rasanya dah lebih 35 ekor anaknya.




Di akhir-akhir umurnya, Tomey masih lagi bunting tapi kualiti dah tak sebaik muda. Tomey bengkak susu berikutan anaknya yang sedikit.




Bila bahagian susu pecah dan anaknya pula berebut-rebut nak menyusu, akhirnya koyak. Lama juga Acik tak perasan. Maaf Tomey.




Setelah dirawat di klinik, warded selama 4 hari, Tomey pulih. Anak-anak masih mahu menyusu. Acik biarkan Tomey dengan anak-anaknya yang masih kecil.

Tapi Acik lupa yang luka Tomey telah disapu ubat. Keesokan harinya, anak-anak Tomey, mati sekor demi sekor. Mungkin terjilat ubat luka Tomey. Apsal la Acik tak terfikir hal tu?




Akhirnya perut Tomey kembali terkoyak dan Acik memang tak bawa dah ke klinik. Acik cuma sapukan aloe vera pada lukanya.

Dipendekkan cerita, akhirnya Tomey mati setelah lebih sebulan mengidap jangkitan fungus yang sangat serius. Deria hidu tidak berfungsi. Tak nak makan, tak nak minum.

Tomey, kamu ibu terbaik kami pernah jumpa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...